Saturday, March 13, 2010

23 february 2007... in memory

Penulisan aku kali ini tak la best sangat.. Cuma untuk mengimbau kembali kenangan manis yang tak dapat dilupa oleh mana-mana ibu semasa melahirkan anak..itu sahaja...
Masih segar dalam ingatan, pada tarikh 22 feb 2007 aku ke klinik kesihatan seorang diri untuk buat pemeriksaan kandungan ku..suami ku tiada di sisi sebab aku di Johor Bahru dan dia di Simpang Rengam.. Apa boleh buat.. suamiku keje mencari rezeki untuk kami..jadi aku terpaksa la pergi seorang diri.. Aku memandu sendiri..kasihan kan..huhu~ Syukur Alhamdulillah tidak ada apa-apa yang berlaku.. Akhirnya aku selamat sampai ke klinik dgn perut yang terboyot-boyot..hehe~ Kini tiba giliran aku untuk diperiksa,jururawat kata "lama lagi nak bersalin ni...awak tak usah risau..bayi awak sihat.." Lega rasanya bila dapat tahu anak yang aku kandung ni sihat..Harap-harap anak ini comel mcm aku..haha perasan-perasan..
Selesai pemeriksaan aku pulang ke rumah. Seperti biasa sebelum balik aku diberi bekalan ubat untuk tambah darah,sbb hb aku selalu low; vitamin c, folic asid dan mcm2 lagi la.. hmm..mmg aku tak akan makan la semua ini..pahit!! Aku pulak memang jenis tak suka makan ubat.. simpan buat pekasam la jawapnya..
Setiba di rumah aku menjalani kehidupan aku seperti biasa..tanpa rasa sakit nak bersalin..
Menjelang malam aku dan makndak (makcik) yang masa itu kebetulan ada di rumah, sama-sama membaca surah Yassin.. Masa tu mlm jumaat..jadi, kena baca yassin untuk disedekahkan kepada insan-insan yang telah lama mninggalkan kita... Al-Fatihah juga ku kirimkan..
Jam menunjukkan pukul 11 malam.. Mata pun dah mengantuk..aku pun tidur dengan lenanya....zZZZzZzZz
Tiba-tiba aku terjaga dari tidur sebab aku terasa perut aku sakit sangat-sangat.. aku biarkan..jap lg sakit lagi..eh aku dh nk bersalin ke?? aku terus ketuk pintu bilik ayah dan minta dihantarkn ke hospital..Dah tak tahan sangat ni..sakit gila perut aku ini..tanpa berlengah ayah dan mak terus menghantar aku ke hospital...
Setibanya di hospital dah tak terasa sakit pulak.. eh eh anak mama ni..main-mainkan mama pulak.. tapi kena periksa juga la sebab dah sampai hospital.. Lama juga aku tunggu doktor nak periksa.. tengok la hospital kerajaan..mentang-mentang la tak dikenakan bayaran yang tinggi, nak lengah-lengah pula.. kalau anak aku mati lemas dalam perut mmg aku saman!! akhirnya aku dipanggil untuk diperiksa.. aduhh..kne periksa lagi.. aku disuruh baring atas katil sebab doktor nak tengok jalan untuk bayi keluar dah terbuka berapa cm.. sakit tak terkata masa doktor tu 'seluk'.. Sudah la doktor tu doktor india lelaki.. bayangkan la berapa besar tangan dia.. arrgghh...geli aku.. perasaan malu terpaksa aku ketepikan demi untuk selamatkan anak aku dalam kandungan ini.. Doktor kata jalannya baru buka 5cm.. lama lagi agaknya..tp aku tak dibenarkan pulang...sebab nak tunggu jalan tu buka sampai 10cm..
Tidur hospital la jawapnya... adoyaiii..
Keesokan harinya, aku tak juga bersalin..jururawat menyuruh pergi ke bilik rawatan untuk pecahkan air ketuban.. aduhhh kne seluk lg..sakit la!! rse mcm nk sepak je muke doktor tu..tapi aku tetap bersabar..
Tepat jam 11am aku disorong ke bilik saringan.. sebab doktor kata bayi ini dah nak keluar.. aku pun baring kat katil bilik saringan yang agak membosankan sebab tak ditemani oleh siapa-siapa pun.. tunggu punya tunggu tak keluar juga anak aku ni.. tak lama kemudian suamiku pun sampai.. lama juga la aku kat dalam tu..suamiku pula keluar masuk..keluar masuk..gementar katanya.. Ya Allah...kenapa la anak aku tak keluar ni... sakit kat perut ni tak usah cakap la.. Rasa macam nak tercabut nyawa aku.. aku hanya beristighfar banyak-banyak.. ingat Allah..takut-takut nyawa aku ditarik sekali masa tu...
Jam di dinding menunjukkan pukul 5pm.. aku dah sakit sangat-sangat yang aku rasa dah tak boleh ditahan lagi.. jururawat pulak tak ada..suami pun tak ada di sisi... ya Allah..apa la ujian yg Kau beri pada hambaMu ni... aku dah tak larat menahan sakit...aku pun teran je.. haaa baru la jururawat kelam-kabut nak tolong aku... Mereka semua terus menolong aku untuk keluarkan bayi ini dengan selamat.. Doktor kata dah nampak kepala anak aku.. ya Allah...gembiranya aku tapi bercampur sakit dan bimbang.. anak aku masih belum keluar sepenuhnya.. aku teran lagi sekuat-kuat hati aku... argghhhh!!! sakittt!! kalau la aku boleh menjerit masa itu... Memang tak dibenarkan menjerit kalau nak bersalin.. mau kena maki dengan jururawat dan doktor.. pergi mati la..aku dah sakit ni..mana boleh tahan.. macam ini la agaknya yang mak kita rasa masa hendak melahirkan kita ek.. itu pun ada yang menderhaka lagi pada mak.. Mak..ampunkan Erin lau Erin ade wat dosa ngn mak selama mak membesarkan Erin ye..
Aku pun terus meneran dan akhirnya anak aku selamat dilahirkan...sempat lagi aku mnjengah ke bawah sebab nak tengok muka anak aku...hehe.. bile aku tgk,aku pelik..eh ni anak aku ke?? macam anak orang cina..hehe~ tapi aku bersyukur sangat-sangat sebab aku dan anak selamat..
akhirnya aku selamat melahirkan seorang anak perempuan..gembira bcampur penat..
kemudian anak aku terus dibawa untuk dibersihkan....
setakat ini sudah 3 kali aku menyambut 23 Februari... anak mama pun dah besar..petah berbicara..tahun hadapan sudah nak dihantar ke tadika...dah nak sekolah dah anak mama ni..
walau nakal macamana pun anak mama, mama tetap sayang anak mama...semoga anak mama jadi anak yang berguna, anak yang solehah dan bijak..dan yg paling penting, jadilah anak yang mendengar kata mama dan papa....
Andai kata satu hari nanti mama pergi dahulu, jadilah insan yang berguna dan pandai menjaga nama keluarga kita...jangan lupa kirimkan doa utk mama ye DHYA ALYA....
akan dtg aku akan uploadkan gambar-gambar ank aku...buat masa ini belum ada kesempatan...
aku pun dah letih..hari pun dah petang..nanti kita bersambung dilain episod ye...
peace!! ;)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.